
MAIK HULUR SUMBANGAN KEPADA PESAKIT JANTUNG BERLUBANG
Adik Nur Anisa Maysarah binti Hafizul Rahman, berusia 2 tahun memerupakan anak sulung kepada pasangan Hafizul Rahman bin Hamid Hussein dan Siti Noor Aslinda binti Azmi. Beliau mengidap penyakit jantung berlubang telah dua kali menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Doktor di IJN tidak dapat melakukan pembedahan terhadap pesakit ini atas faktor usia kerana jantung beliau mempunyai lubang yang besar dan panjang.
Bapa pesakit merupakan warga Myammar dan bekerja sebagai buruh dengan pendapatan lebih kurang RM800.00 sebulan manakala ibu pula suri rumah sepenuh masa.
Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Puan Siti Noor Azlinda untuk menampung perbelanjaan rawatan adik Nur Anisa Maysarah dan sara hidup mereka sekeluarga . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan yang dihadapi oleh ibu tunggal ini.
Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.
Disediakan Oleh : Shamun Daud