faq lokasi aduan peta


BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK MENYALURKAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR SMU MAAHAD AHMADI, KAMPUNG PADANG SIAM, TANAH MERAH.

Sebuah rumah sewa yang didiami oleh 29 orang pelajar perempuan Sekolah Menengah Agama (SMU) Maahad Ahmadi, Kampung Padang Siam, Tanah Merah terlibat dengan kebakaran pada 25.2.2108  lebih kurang  jam 4.30 pagi . Kebakaran ini memusnahkan keseluruhan  rumah yang didiami oleh pelajar-pelajar berkenaan yang berumur 13 hingga 18 tahun.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan  kepada 29 orang pelajar sekolah tersebut sebanyak RM500.00 seorang untuk menampung pembelian kitab-kitab dan buku-buku serta lain-lain peralatan yang musnah dalam kebakaran tersebut.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa pelajar-pelajar berkenaan

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini758
Kelmarin2603
Minggu Ini8198
Bulan Ini98372
Jumlah Pengunjung22982976