MAJLIS PENGURNIAAN BANTUAN KEPADA GOLONGAN IBU MUDA ASNAF “WANITA KELANTAN CAKNA PENDIDIKAN” YANG DISEMPURNAKAN OLEH YANG AMAT MULIA TENGKU AMALIN ‘A-ISHAH PUTRI BINTI SULTAN ISMAIL PETRA ANJURAN MAIK DENGAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

Berita 2018 Jumlah paparan: 2928

Yang Amat Mulia Tengku Amalin ‘A-Ishah Putri Binti Sultan Ismail Petra telah berkenan untuk berangkat ke Majlis Pengurniaan Bantuan Kepada Golongan Asnaf  “Wanita Kelantan Cakna Pendidikan” pada 17 Jamadilakhir 1439H bersamaan 05 Mac 2018M (Isnin) bertempat di Dewan Haji Yaakob, SMKA Naim LilBanat, Kota Bharu, Kelantan mulai jam 8.30 pagi anjuran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Majlis bermula dengan slot ceramah motivasi: ‘Bonda, Kejayaan Anak Dalam Genggamanmu’ yang dikendalikan oleh YBhg Dr. Nik Salida Suhaila Binti Nik Salleh, Pensyarah Kanan Universiti Sains Islam Malaysia merangkap Pesuruhjaya, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

Keberangkatan Yang Amat Mulia Tengku Amalin ‘A-Ishah Putri Binti Sultan Ismail Petra ke majlis tersebut pada jam 10.30 pagi dimulakan dengan bacaan doa oleh Yang Berusaha Al-Fadhil Tuan Haji Muhammad Hana Pizi Bin Abdullah, Imam Besar MAIK. Majlis diteruskan dengan persembahan ucapan oleh Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan seterusnya  ucapan oleh Yang Amat Berusaha Encik Muhammad Zahari Bin Othman, Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan serta persembahan multimedia dan persembahan nasyid daripada pelajar sekolah tersebut.

Majlis berakhir dengan penyampaian kurniaan bantuan RM 200.00 seorang kepada 200 orang golongan ibu muda asnaf yang keseluruhannya berjumlah sebanyak RM 40,000.00. Bantuan tersebut adalah hasil sumbangan daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

 

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin Bin Yusuf

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

Cetak
Admin
Admin