MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN TAMBAHAN MAAHAD TAQADDUM MAARIF PASIR TUMBOH (PROJEK WANG EHSAN NEGERI KELANTAN

Berita 2018 Jumlah paparan: 3428

27 FEBRUARI 2018 bersamaan 11 Jamadilakhir 1439H (SELASA) – Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan Majlis Perasmian Bangunan Tambahan 3 Tingkat Di Maahad Taqaddum Maarif Pasir Tumboh (Projek Wang Ehsan Negeri Kelantan) Yang Dirasmikan Oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Bin Abdullah serta Dr Haji Nik Mohd Azlan Bin Abdul Hadi Timbalan Yang Dipertua MAIK. Hadir sama Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mat dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan.

Pembinaan bangunan tambahan 3 tingkat ni menggunakan Peruntukan Wang Ehsan yang disalurkan Kementerian Kewangan Malaysia kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Projek pembinaan mengambil masa setahun untuk disiapkan sepenuhnya bermula 14 September 2016 melibatkan kos hampir RM1.5 juta ringgit. Bangunan ini dibina berasaskan kepada 4 buah bilik darjah setiap aras yang boleh menampung seramai 40 orang pelajar dalam satu masa. Pada majlis yang sama Yang Maha Mulia Baginda  sempat meninjau sekitar bangunan sekolah tersebut dan beramah mesra bersama para pelajar.

 

Disediakan Oleh : Norizan Binti Mat Isa

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

Cetak
Admin
Admin