faq lokasi aduan peta


BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TAKLIMAT TENDER DAN LAWATAN TAPAK PROJEK UBAHSUAI BANGUNAN 2 TINGKAT SEDIADA KEPADA PUSAT PENEMPATAN MUALLAF

19 September 2018 bersamaan 9 Muharram 1440H –  Taklimat tender dan lawatan tapak bagi Projek Ubahsuai Bangunan 2 Tingkat Sediada Kepada Pusat Penempatan Muallaf telah diadakan di tapak projek di Lot PT518, Mukim Kok Keli, Daerah Sungai Pinang, Jajahan Tumpat, Kelantan.

Turut hadir pada majlis ini ialah YBrs. Pegawai Pengurusan Projek MAIK, En. Ahmad Hamdan bin Ubaidah, YBrs. Pegawai Pengurusan Projek Khas MAIK, Puan Nor Amira Mastura Binti Awang, YBrs. Penolong Pegawai Tadbir Wakaf MAIK, Puan Siti Nuridayu binti Mohd Othman, YBrs. Penolong Pegawai Tadbir, En. Ahmad Faizul bin Mat Zain dan perunding arkitek yang dilantik oleh MAIK bagi projek ini.

Bangunan sediada ini merupakan bangunan yang telah diwakafkan oleh YBhg. Dato’ Dusuki bin Ahmad untuk dijadikan sebagai Pusat Penempatan Muallaf. Pusat ini akan dijadikan sebagai sebagai pusat penempatan sementara dan bimbingan saudara baru yang memeluk Islam yang didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Selain itu, ianya juga akan dijadikan sebagai pusat pemulihan akidah orang Islam yang dikenakan perintah Mahkamah Syariah Negeri Kelantan.

 

Disediakan Oleh : Nor Amira Mastura Binti Awang

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1669
Kelmarin3170
Minggu Ini19357
Bulan Ini8040
Jumlah Pengunjung10867858