YMM PEMANGKU RAJA KELANTAN MENYEMPURNAKAN MAJLIS PENGURNIAAN SUMBANGAN KEPADA PESAKIT DAN BADAN-BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) DI HRPZ II

Berita 2018 Jumlah paparan: 2010

MAIK selaku institusi agama yang bertanggungjawab dalam menguruskan agihan wang zakat telah melaksanakan pelbagai program bantuan kepada asnaf termasuklah program bantuan perubatan kepada pesakit dan bantuan pengurusan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Bagi memberi kefahaman kepada orang ramai dan pembayar-pembayar zakat mengenai program-program pengagihan zakat, MAIK dengan kerjasama Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital HUSM telah mengadakan  Majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Pesakit Dan Badan-Badan  Bukan Kerajaan (NGO) Di HRPZ II pada 5 Mac, 2018. Majlis ini merupakan cetusan idea Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan dan Baginda sendiri mengampuni perkenan berangkat untuk menyempurnakannya. Pada Majlis ini seramai 49 orang pesakit dan 7 Badan Bukan Kerajaan menerima kurniaan sumbangan daripada YMM Pemangku Raja Kelantan.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

Cetak
Admin
Admin