PENYERAHAN WAKAF KATIL MENERUSI WAKAF KESIHATAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Berita 2020 Jumlah paparan: 675

Pada 14 Oktober 2020, Unit Wakaf MAIK telah melawat Encik Jusoh Daud di Kampung Rasal, To'Uban Pasir Mas yang sakit lumpuh, menderita sakit saraf dan buah pinggang. Sehubungan dengan itu, pihak MAIK telah menyumbangkan sebuah Katil Wakaf untuk kegunaan beliau. Semoga dengan sumbangan wakaf ini akan memberi keselesaan kepada Encik Jusoh, sekaligus membantu/memudahkan urusan keluarganya. Pihak MAIK mengalu-alukan mana-mana pihak untuk turut sama berwakaf bagi membantu kebajikan insan dan sebagai saham akhirat kelak. Layari www.e-maik.my dan waqaftunai.e-maik.my untuk menjadi Rakan Waqaf MAIK. Waqaf Tunai MAIK "Saham Akhirat, Berwakaflah Walau Sedikit".

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

Cetak
Admin
Admin