PROMOSI ZAKAT BULAN JULAI HINGGA NOVEMBER BAGI TAHUN 2020

Berita 2020 Jumlah paparan: 797

Unit Zakat MAIK telah mengadakan promosi zakat sepanjang bagi bulan Julai hingga November 2020 di seluruh Negeri Kelantan dengan mendapat persetujuan dengan jabatan-jabatan kerajaan dan agensi swasta yang terlibat. Promosi zakat melibatkan taklimat zakat, pembukaan kaunter luar zakat dan juga menyediakan perkhidmatan Van Zakat Bergerak MAIK bagi memberi kemudahan pengiraan zakat, pertanyaan kemusykilan berkaitan hukum zakat, pembayaran zakat dan pengedaran pamplet zakat serta borang potongan gaji zakat MAIK.

Jenis Promosi : Taklimat Zakat

Jenis Promosi : Kaunter Luar

Jenis Promosi : Van Bergerak MAIK

Pihak MAIK mengucapkan jutaan terima kasih diatas sambutan yang menggalakkan daripada jabatan-jabatan ini kerana para pembayar tidak mempunyai masa untuk ke kaunter zakat MAIK kerana kekangan masa bekerja. Pihak MAIK juga akan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik untuk para pembayar dan juga masyarakat sekitar bagi turut sama membantu Unit Agihan Zakat untuk menyebarkan maklumat berkaitan bantuan-bantuan zakat yang telah dilaksanakan kepada asnaf yang layak.

Program promosi zakat ini akan terus dijalankan sepanjang tahun dengan penglibatan daripada jabatan-jabatan lain di seluruh Negeri Kelantan dan semoga mendapat kerjasama yang baik dari pelbagai pihak bagi mempromosikan kegiatan kutipan dan agihan zakat MAIK.

 

Disediakan Oleh :Wan Fadhlina Binti W.Yusuff

 

flickr
www.flickr.com

 

 

Cetak
Admin
Admin