KUMPULAN SYARIKAT PHARMANIAGA BERHAD BAYAR ZAKAT PERNIAGAAN TAHUN 2021 SEBANYAK RM1.5 JUTA KEPADA MAIK

Berita 2021 Jumlah paparan: 848

Kumpulan Syarikat Pharmaniaga Berhad telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2021 sebanyak RM1.5 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), pada hari ini.

Zakat perniagaan berkenaan disampaikan oleh Yang Berbahagia Encik Mohamed Iqbal bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Berhad kepada Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK.

Majlis berlangsung di Dewan Mesyuarat Dato' Perdana Menteri Paduka Raja, di MAIK.

Hadir sama, Yang Amat Berusaha, Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan Yang Berusaha Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK.

"Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah pembalasan yang terbaik kepada para pembayar zakat MAIK pada hari ini, khususnya kepada Kumpulan Syarikat Pharmaniaga Berhad.

Sucikanlah dan berkatilah harta dan rezeki mereka, keluarga mereka, kurniakanlah keuntungan berganda kepada pekerjaan dan perniagaan mereka, serta amal dan ibadah mereka agar setiap daripada mereka peroleh kesenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat nanti," Amin Ya Rabbal Alamin.

MAIK juga ada menyediakan bayaran zakat menerusi potongan gaji, Anda boleh klik di sini: http://eptg.e-maik.my/

 

 

flickr

www.flickr.com
Cetak
Admin
Admin