MAIK TERIMA SEBANYAK RM 784,652 ZAKAT PERNIAGAAN TAHUN 2021 DARIPADA FGV HOLDINGS BERHAD

Berita 2021 Jumlah paparan: 929

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), pada hari ini menerima pembayaran zakat perniagaan bagi tahun 2021 berjumlah RM784,652 daripada FGV Holdings Berhad.

Zakat perniagaan tersebut disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Dzulkifli bin Abd Wahab, Pengerusi FGV Holdings Berhad kepada Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK. Majlis berkenaan berlangsung di Dewan Mesyuarat Dato' Perdana Menteri Paduka Raja, di MAIK.

Hadir sama, Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK dan Yang Berusaha Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK.

"Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah pembalasan yang terbaik kepada para pembayar zakat MAIK pada hari ini, khususnya kepada FGV Holdings Berhad. Sucikanlah dan berkatilah harta dan rezeki mereka, keluarga mereka, kurniakanlah keuntungan berganda kepada pekerjaan dan perniagaan mereka, serta amal dan ibadah mereka agar setiap daripada mereka beroleh kesenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat nanti," Amin Ya Rabbal Alamin.

MAIK juga ada menyediakan bayaran zakat menerusi potongan gaji, Anda boleh klik di sini:

http://eptg.e-maik.my/

 

flickr

www.flickr.com
Cetak
Admin
Admin