LIMA KELUARGA MEMERLUKAN TERIMA BANTUAN ZAKAT MAIK DI KUALA KRAI

Berita 2022 Jumlah paparan: 457

Wang zakat yang diinfakkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah diagihkan secara berterusan kepada golongan memerlukan di luar sana.

Pada kali ini, wang zakat anda semua telah kami berikan kepada lima keluarga asnaf tercicir bantuan di Kuala Krai menerusi Program Jejak Asnaf Siri ( 3 ) Tahun 2022.

Program Jejak Asnaf ini merupakan satu inisiatif berkesan bagi pihak MAIK untuk mengesan dan membantu Asnaf yang memerlukan bantuan terutama dalam suasana dan ekonomi yang tidak menentu akibat penularan wabak COVID- 19 yang sudah memasuki tahun ketiga

Lima keluarga yang menerima bantuan Jejak Asnaf siri ( 3 ) tahun 2022 adalah :

  1. Akma Suriati binti Mohamed Fauzi (Kampung Batu Balai)
  2. Khatijah binti Salleh (Kampung Tengah, Kenor)
  3. Mohd Rosman bin Mohd (Kampung Aur Duri)
  4. Siti Meriam binti Deraman (Kampung Bukit Sireh)
  5. Wan Noraini binti Wan Ab Rahman (Kampung Serindit, Sg. Durian)

Sumbangan telah disampaikan oleh Al-Fadhil Imam Tua Masjid Bandar Kuala Krai, Ustaz Armin Azahari Bin Mamat dan Al Fadhil Imam Tua Masjid Annur Bandar Guchil, Ustaz Abdullah Bin Ismail mewakili Yang Amat Berusaha Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Setiap daripada mereka menerima bantuan wang tunai dengan nilaian di antara RM1,000.00 hingga RM2,000.00 dan keperluan asas.

Jumlah agihan keseluruhan sebanyak RM6,300.00 yang mana kadar bantuan ini ditentukan mengikut keperluan dan jumlah tanggungan.

Diharapkan dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga yang terlibat dan memberikan sedikit kelegaan kepada mereka.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pembayar-pembayar zakat kepada MAIK. ANDA HERO ASNAF.

Semoga ALLAH SWT memberi limpahan pahala dan rezeki kepada mereka yang menginfaqkan hartanya dan menambah keberkatan padanya. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

#JejakAsnafMAIK

#bayarzakathartaberkat

#zakatmaik2022

flickr

www.flickr.com

 

 

 

Cetak
Admin
Admin