MAIK REDAH LAUTAN BANJIR JENGUK MANGSA DARI RUMAH KE RUMAH

Berita 2022 Jumlah paparan: 482

Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz juga Yang Dipertua MAIK bersama Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong meredah lautan banjir menggunakan bot ke Kampung Kubang Sawa, Tumpat untuk menyampaikan sumbangan dari rumah ke rumah.

Turut bersama rombongan ialah, YABrs. Ketua Jajahan Tumpat, Tuan Haji Rusydee bin Abdullah dan Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK serta isteri.

Merempuh perjalanan dua jam pergi dan balik kami singgah di beberapa buah rumah bagi menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 14 ketua isi rumah.

Dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan dan Polis Diraja Malaysia kami berjaya mengharungi perjalanan dengan selamat menyerahkan sumbangan dari rumah ke rumah. Terima kasih pasukan penyelamat.

Ketika siri ziarah, kawasan yang kami kunjungi masih ditenggelami air lebih dari 2 meter. Bot yang kami naiki juga dikendalikan dengan penuh berhati-hati untuk mengelak kejadian tidak diingini meskipun keadaan air tenang.

Semoga sumbangan yang disampaikan ini dapat membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan ini.

Terima kasih kepasa semua pihak yang menginfakkan harta kepada MAIK. Harta yang diinfakkan telah kami hulurkan kepada mereka yang memerlukan.

flickr

www.flickr.com

 

Cetak
Admin
Admin