• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Isnin Zulkaedah 22 1441
Isnin Julai 13 2020

BERITA 2013

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAWATAN KERJA SOSIAL ROMBONGAN DARI MASJID NEGARA, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

10 April 2013 (Rabu) bersamaan 29 Jamadilawal 1434 – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima lawatan kerja sosial rombongan dari delegasi Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semalam.

Rombongan tersebut diketuai olah YBrs. Ustaz Ehsan bin Mohd Hosni yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Kanan Masjid Negara bersama 24 orang ahli rombongan. Delegasi rombongan disambut oleh Timbalan Yang Dipertua MAIK iaitu YBrs Dato’ Haji Kamaruddin bin Mohd Zin bersama Setiausaha MAIK, YBrs Tuan Haji Che Hamat bin Haji Che Muda dan kakitangan.

Lawatan kerja sosial tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan serta bertukar-tukar idea dan maklumat diantara jabatan. Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh YBrs Dato’ Haji Kamaruddin bin Mohd Zin. Beliau sangat berbesar hati menerima rombongan dari delegasi Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Seterusnya ucapan balas daripada ketua rombongan iaitu YBrs. Ustaz Ehsan bin Mohd Hosni. Menurut beliau lawatan kerja ini adalah untuk melihat tentang kelainan fungsi-fungsi dan stuktur organisasi yang terdapat di MAIK disamping dapat mempereratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab yang disempurnakan oleh Tuan Setiausaha MAIK, YBrs Tuan Haji Che Hamat bin Haji Che Muda.

Disediakan Oleh : Yasman Bin Hashim

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1651
Kelmarin1057
Minggu Ini1651
Bulan Ini13298
Keseluruhan1283035

X