11 September 2013 - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menganjurkan Majlis Santapan Malam Kesyukuran Sempena Penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah Kehadapan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, merangkap Yang Dipertua MAIK pada hari Rabu bertempat di Dewan Bunga Emas, Tingkat 2, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan pada jam 8.30 malam.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V dan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah ampuni perkenan berangkat ke majlis tersebut.
Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh YABhg. Dato' Nik Kamaruddin bin Ismail, Penasihat Khas kepada YTM Tengku Yang Dipertua MAIK dan seterusnya persembahan ucapan oleh YABhg. Dato' Haji Kamaruddin bin Mohd Zin, Timbalan Yang Dipertua MAIK.
Disediakan Oleh : Yasman Bin Hashim