29 SEPTEMBER 2013 - Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan KFC (Peninsular Malaysia) Sdn Bhd dan Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd telah berlangsung pada jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 4, Bangunan MAIK.
Sejumlah RM 125,187.00 Zakat Perniagaan bagi tahun 2012 telah disampaikan oleh YBrs. Encik Roslan bin Mohd Saludin, Setiausaha Majlis Penasihat Syariah, KFC (Peninsular Malaysia) Sdn Bhd kepada YABhg Dato' Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dato' Haji Kamaruddin bin Mohd Zain.
Turut serta ialah YABhg. Dato' Nik Kamaruddin bin Ismail (Penasihat Khas Kepada Yang Teramat Mulia Tengku Yang Dipertua, MAIK) ,Yang Berusaha Tuan Hj Nik Mohamed Noor bin Nik Ishak (Ketua Pegawai Baitulmal/Pembangunan) , AF. Ustaz Ismail bin Sayudina (Ketua Pegawai Agama), AF. Ustaz Murtadha b. Hj. Abdullah (Pegawai Zakat) dan juga wakil Amil Zakat Korporat Johor Corporation iaitu Syarikat Capaian Aspirasi Sdn. Bhd.
Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf