19 OKTOBER 2013 (SABTU) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menganjurkan Program Mesra MAIK Bil 2/2013 bertempat di Hutan Lipur Bukit Bakar, Jajahan Machang. Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan merangkap Tengku yang dipertua MAIK berkenan untuk berangkat ke program tersebut dan turut sama menyertai program-program yang dianjurkan.
Program Mesra MAIK yang merupakan cetusan idea daripada Yang Teramat Mulia Tengku Yang Dipertua MAIK membolehkan pegawai dan kakitangan MAIK menyelami permasalahan golongan kurang berkemampuan disamping memberi motivasi dan bantuan kepada ahli keluarga. Program ini sebagai bukti keprihatinan MAIK terhadap golongan yang tidak berkemampuan.
Program ini melibatkan seramai 27 buah keluarga melibatkan seramai 150 orang ahli kelurga dari 5 mukim terpilih iaitu Mukim Baka, Mukim Pemanak, Mukim Bukit Tiu, Mukim Penakah dan Mukim Batu 30. Program Mesra MAIK telah di isi dengan tiga program iaitu :
- Program Keibubapaan bersama Imam Jajahan/Mukim bagi memberi motivasi, nasihat dan mendengar permasalahan daripada kedua-dua ibu bapa atau keluarga yang terpilih.
- Program Bersama Remaja dikendalikan oleh pihak urusetia bersama selebriti jemputan bagi mendekatkan diri dengan golongan remaja dan memberi motivasi serta menanam semangat bekerjasama dan serta memberi harapan untuk memburu impian masing-masing samada di dalam pelajaran atau kehidupan harian mereka.
- Program Bersama Kanak-kanak lebih bercorak kepada aktiviti riadah yang melibatkan acara sukaneka, membaca buku cerita dan mewarna serta memberi pendedahan kepada cara-cara menjaga kebersihan dan kesihatan. Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan turut ampuni perkenan bersama kanak-kanak dalam sessi bercerita.
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan kali ini menjalin kerjasama dengan Media Prima Berhad untuk sama-sama menjayakan program tersebut. Program turut dimeriahkan dengan penglibatan beberapa orang selebriti tempatan. Antara agensi lain yang turut serta adalah Pharmaniaga, Majlis Daerah Machang, Jabatan Perhutanan dan Kementerian Kesihatan. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Penasihat Khas kepada YTM Tengku Yang Dipertua MAIK, YABhg. Dato’ Nik Kamaruddin bin Ismail dan Pengarah Media Prima Berhad, Datuk Johan bin Jaafar.
Disediakan Oleh : Nik Norazimah Binti Yaakub
![]() |