• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Zulkaedah 23 1441
Rabu Julai 15 2020

BERITA 2014

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

HUBUNGAN MESRA ANTARA ULAMA NUSANTARA DAN UMMAH

MAKLUMAN :

13 Oktober 2014 bersamaan 18 Zulhijjah 1436H - Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dan Pusat Pembangunan Pondok Berhad dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan akan menganjurkan MAJLIS MUWAASOLAH ULAMA' BERSAMA UMMAH pada 25 dan 26 Oktober 2014 (Sabtu dan Ahad) bersamaan 1 dan 2 Muharram 1436H bertempat di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Matlamat :

1. Sebagai satu saranan untuk pertemuan antara ulama' dan ummah.

2. Merapatkan saf-saf ulama' dari pelbagai latar belakang pendidikan dalam suasana ukhuwwah dan mahabbah.

3. Sebagai satu forum untuk memberi penerangan tentang kepentingan kerja agama di zaman kerosakan ini.

4. Sebagai satu usaha untuk meletakkan ulama' di barisan hadapan dalam kerja-kerja membimbing ummah.

5. Sebagai satu wadah untuk muzakarah dan bertukar pengalaman di kalangan ulama' dalam misi menyebarkan Islam.

6. menghubungkan ulama' dengan ummah.

7. Mewujudkan satu generasi yang mempunyai akidah yang mantap.

8. Merealisasikan masjid sebagai pusat penyebaran ilmu dan kefahaman agama di samping mengimarahkan masjid.

9. Melahirkan satu generasi yang tinggi akhlak dan baik budi serta mempunyai kefahaman agama yang teguh dan memahami nilai-nilai agama.

Orang ramai di jemput hadir. sila muat turun aktiviti program di bawah. Segala perubahan program adalah tertakluk kepada keadaan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Imam Masjid Kubang Kerian (Imam Sabri 013-9832919)

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini136
Kelmarin1966
Minggu Ini3938
Bulan Ini15585
Keseluruhan1285322

X