• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Sabtu Zulhijjah 25 1441
Sabtu Ogos 15 2020

BERITA 2014

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENGURNIAAN BAKUL BAYI DISEMPURNAKAN OLEH YTM TENGKU MAHKOTA KEPADA HRPZ II, KOTA BHARU

3 MAC 2014 (ISNIN) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan Majlis Pengurniaan Bakul Bayi bertempat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan merangkap Tengku Yang DiPertua MAIK. Turut berangkat Yang Berhormat Mulia Dato’ Tengku Rozan Al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Yang Berhormat Mulia Dato’ Tengku Hajjah Salwani Al-Marhum Sultan Yahya Petra.

Turut hadir juga YABhg. Dato’ Nik Kamaruddin Ismail, Penasihat Khas kepada Yang Teramat Mulia Tengku Yang DiPertua MAIK, dan YABhg. Dato' Haji Kamaruddin bin Mohd Zin, Timbalan Yang DiPertua MAIK serta pegawai-pegawai MAIK.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan mengagihkan sekurang-kurangnya 500 bakul bayi melibatkan peruntukan sebanyak RM 250,000 kepada ibu yang baru bersalin dalam kalangan asnaf sepanjang tahun ini. Menurut YABhg. Dato’ Nik Kamaruddin Ismail, bakul berisi keperluan bayi dengan anggaran kos RM500 itu bagi membantu ibu-ibu yang asnaf ini memberi penjagaan dan keselesaan kepada bayi mereka.

Bantuan bakul bayi ini diharap dapat mengelakkan bayi tersebut berdepan dengan masalah kesihatan dan keadaan kurang selesa kerana di dalamnya terdapat pelbagai keperluan termasuk selimut, botol susu, susu formula, kelambu, lampin dan kelengkapan lain untuk ibu dan bayi. Pada peringkat pertama sebanyak 100 bakul disediakan dan akan diagihkan kepada penerima yang memenuhi kriteria ditetapkan seperti pendapatan bulanan RM 400 ke bawah dan pemilihan penerima akan ditentukan oleh HRPZ II.

Program bakul bayi ini diilhamkan apabila menyedari ramai di kalangan ibu-ibu asnaf ini tidak mampu menyediakan keperluan sebaiknya untuk anak-anak mereka. MAIK berharap agar dengan bantuan ini dapat meringankan beban mereka dan dapat memberi keselesaan kepada mereka yang lebih memerlukan bagi menjalani kehidupan harian mereka.

Disediakan Oleh : Asma Binti Salleh

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1135
Kelmarin2105
Minggu Ini11618
Bulan Ini28203
Keseluruhan1357834

X