• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+
faq divider lokasi divider aduan divider peta""


Ahad Rejab 23 1442
Ahad Mac 07 2021

BERITA 2015

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM TRAINING OF TRAINERS (ToT) BAGI MENANGANI KES TRAUMA MANGSA BANJIR KELANTAN

07 Januari 2015 bersamaan 16 Rabiulawal 1436H - Pada 7 Januari yang lalu, Program Training of Trainers (ToT) khusus bagi menangani kes-kes trauma mangsa banjir Kelantan telah berjaya dilaksanakan di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJP), Panji.

Program ini telah dicetuskan oleh oleh Jawatankuasa Pusat Trauma Mangsa Banjir MAIK yang terdiri daripada pakar-pakar dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan NGO-NGO serta badan sukarelawan lain. Idea pelaksanaan penubuhan Pusat Trauma Mangsa Banjir MAIK ini telah mendapat ampuni perkenan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK.Ia adalah selari dengan tujuan penubuhan MAIK untuk menjaga kebajikan rakyat.

Seramai 58 orang sukarelawan dari pelbagai latar belakang sama ada pengamal perubatan, kaunselor sekolah, para imam serta orang awam yang berminat telah menyertai program ini. Antara tujuan ToT ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada peserta berkaitan trauma yang biasa berlaku, kaedah menangani masalah pesakit trauma, kemahiran komunikasi berkesan serta kaedah mendekati mangsa yang terlibat. Adalah menjadi harapan MAIK agar usaha ini dapat membantu meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa banjir terutamanya yang kehilangan rumah, harta benda, atau ahli keluarga membina keyakinan diri dan meneruskan kehidupan dengan semangat yang baru. MAIK sentiasa komited untuk membantu meringankan beban rakyat Kelantan khususnya.

Disediakan Oleh : Yasmoon binti Mohamed

 

flickr
www.flickr.com

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1471
Kelmarin1925
Minggu Ini16993
Bulan Ini16993
Keseluruhan1813323

X