• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Khamis Zulkaedah 25 1441
Khamis Julai 16 2020

BERITA 2015

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM BANTUAN BANJIR MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN DI JAJAHAN TANAH MERAH

07 Januari 2015 bersamaan 16 Rabiulawal 1436H - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima kunjungan dari Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman untuk menggerakkan Program Bantuan Banjir ke jajahan Tanah Merah.

Rombongan daripada Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman seramai 22 orang diketuai oleh Pegawai Tadbir Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman - YBrs. En. Abdul Malik bin Saari diiringi Pegawai Baitumal, Pegawai Wakaf, Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Alor Setar dan kakitangan.

Pegawai-pegawai MAIK yang bertanggungjawab sebagai urusetia terdiri daripada Ustaz Mohd Sukeri bin Mohd Nor (Mudir maaahad Tahfiz, MAIK), Al-Fadhil Ustaz Mohd Afifi bin Ahmad @ Ahmad Ashaari (Pegawai Hal Ehwal Masjid, MAIK), Al-Fadhil Ustaz Che Alias bin Haron (Pegawai Hal Ehwal Imarah Masjid, MAIK) dan Al-Fadhil Ustaz Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah (Pegawai Takmir, MAIK) serta Penyelaras Pentadbiran Masjid-Masjid Jajahan negeri Kelantan.

Sumbangan daripada Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman ini berupa 600 kotak roti, 400 kotak air mineral, 200 kotak gula, 200 kotak tea dan kopi, 20 kotak sardin, 200 kotak kain telekung, 200 kotak kain pelikat dan 20 kotak pakaian terpakai.

Ahli rombongan tiba di Masjid Ismail Petra, Tanah Merah jam 5.00 petang, 07 Januari 2015. Pihak masjid telah memberikan sedikit taklimat dan sesi perbincangan perjalanan rombongan. Pada jam 6.00 petang program bantuan mula digerakkan ke beberapa buah rumah mangsa banjir sekitar Masjid Ismail Petra, iaitu di Kampung Pisang Menggala.

Pada keesokan harinya (08 Januari 2015), rombongan meneruskan misi bantuan ke kampung-kampung di jajahan Tanah Merah. Rombongan mula bertolak dari Masjid Ismail Petra jam 10.00 pagi. Destinasi bantuan kali ini adalah di Kampung Kusial. Sebanyak 100 sumbangan telah diagihkan di kampung tersebut. Misi bantuan Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman dan MAIK diteruskan di Kampung Tebing Tinggi pada jam 3.00 petang. Sumbangan diagihkan kepada 50 orang penduduk.

Seterusnya selepas Solat Asar, jam 5.15 petang konvoi bantuan sekali lagi bergerak ke Kampung Pisang Menggala untuk menyempurnakan agihan yang terakhir. Agihan sumbangan diberikan kepada 50 buah keluarga.

Pihak MAIK mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman diatas keprihatinan dan sumbangan yang dihulurkan kepada mangsa-mangsa banjir di jajahan Tanah Merah. Dengan agihan bantuan ini diharapkan dapat mengurangkan beban mangsa yang ditimpa musibah banjir besar ini.

Disediakan Oleh : Asma Binti Salleh

 

flickr
www.flickr.com

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini377
Kelmarin1949
Minggu Ini6128
Bulan Ini17775
Keseluruhan1287512

X