20 Januari 2015 bersamaan 29 Rabiulawal 1436H (Selasa) - Pihak MAIK telah menerima kunjungan lawatan daripada Ahli Rombongan English Teaching Assistant (Fulbright Scholar Program) di bawah kelolaan Malaysian American Commission On Education Exchange (MACEE) dengan kerjasama Kedutaan Amerika dan Kerajaan Malaysia. Kunjungan ini telah disambut oleh YABhg Dato’ Haji Serpudin Bin Mohamad, Timbalan Yang Dipertua MAIK. Majlis ini telah diadakan pada jam 11.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, MAIK.
Turut hadir ialah, YBrs En. Mohd Azri Bin Abd. Rahman (Setiausaha MAIK), YBrs Ustaz Muhammad Hana Pizi Abdullah (Imam Besar), dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, pegawai-pegawai kanan MAIK serta 11 orang ahli rombongan daripada English Teaching Assistant USA.
Disediakan Oleh : Mohd Zahrin bin Yusuf
![]() |