11 Januari 2015 bersamaan 20 Rabiulawal 1436H - Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah mengampuni perkenan berangkat ke Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu, bagi pelancaran Pusat Trauma Mangsa Banjir Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada Ahad, 11 Januari 2015.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah YB Dato’ Hj Mohd Faudzi Bin Hj Che Mamat (Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan), YB Sahibul Samahah Dato’ Hj Mohamad Shukri Bin Mohamad (Mufti Negeri Kelantan), YB Yang Amat Arif Dato’ Haji Daud Bin Mohamad (Dato’ Aria D’Raja) (Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan), YABhg Dato’ Nik Kamaruddin Bin Ismail (Penasihat Khas kepada YTM Tengku Yang DiPertua MAIK), YABhg Dato’ Haji Serpudin Bin Mohamad (Timbalan Yang Dipertua MAIK), YB Dato’ Haji Nassuruddin Bin Haji Daud (EXCO Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta), YB Dato' Haji Nik Kazim bin Haji Nik Yusoff (Pegawai Kewangan Negeri Kelantan), ketua-ketua jabatan negeri/persekutuan serta pegawai-pegawai MAIK.
YTM Tengku Mahkota Kelantan juga turut berkenan menyampaikan titah ucapan, memperkenalkan serta mengurniakan surat perlantikan Ahli Jawatankuasa Pusat Trauma Mangsa Banjir MAIK dan seterusnya berkenan memotong riben sebagai ketandaan pelancaran Pusat Trauma Mangsa Banjir MAIK.
Disediakan Oleh : Yasmoon Binti Mohammed
![]() |