• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Zulkaedah 23 1441
Rabu Julai 15 2020

BERITA 2015

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS BACAAN YASIN PADA MALAM NISFU SYA’BAN BAGI TAHUN 1436H/2015M

Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Majlis Bacaan Yasin Pada Malam Nisfu Sya’ban Bagi Tahun 1436H/2015M yang telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada 14 Sya’ban 1436 bersamaan 01 Jun 2015 (Isnin) bertempat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan mulai jam 6.30 petang.

Majlis Bacaan Yasin Malam Nisfu Sya’ban dimulakan sebaik sahaja selesai solat fardhu Maghrib dan dipimpin oleh Al-Fadhil Tuan Haji Muhammad Hana Pizi Bin Abdullah, Imam Besar Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan manakala Bacaan Doa Malam Nisfu Sya’ban dipimpin oleh YB. Sahibul Fadhilah Dato’ Haji Nik Abdul Kadir Bin Nik Mohamad, Timbalan Mufti Negeri Kelantan.

Turut hadir pada majlis kali ini ialah YB. Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YB. Encik Shahidani Bin Abd Aziz @ Juned, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, YB. Yang Amat Arif Dato’ Haji Daud Bin Muhammad (Dato’ Aria D’Raja) Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, YB. Sahibul Fadhilah Dato’ Haji Nik Abdul Kadir Bin Nik Mohamad, Timbalan Mufti Negeri Kelantan, YADH DCP Dato’ Mazlan Bin Lazim, Ketua Polis Kelantan, YBhg. Dato’ Makhtar Bin Mustapha, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, YBrs Encik Mohd Azri Bin Abd. Rahman, Setiausaha MAIK, dan pegawai-pegawai serta kakitangan MAIK. Turut serta dalam majlis tersebut ialah para jemputan khas dan muslimin-muslimat yang tinggal berhampiran kawasan Masjid Muhammadi.

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin bin Yusuf

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini142
Kelmarin1966
Minggu Ini3944
Bulan Ini15591
Keseluruhan1285328

X