• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Sabtu Zulhijjah 25 1441
Sabtu Ogos 15 2020

BERITA 2015

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM ZIARAH DAN RAMAH MESRA DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KG. REDIP DAN PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KG. GALANG

9-10 Jun 2015M bersamaan 22-23 Sya’ban 1436H (Selasa-Rabu) – YABhg. Dato’ Nik Kamaruddin Ismail, Penasihat Khas kepada Yang Teramat Mulia Tengku Yang Dipertua MAIK, bersama rombongan yang terdiri daripada 24 pegawai dan kakitangan MAIK telah mengadakan Program Ziarah dan Ramah Mesra di Perkampungan Orang Asli Kg. Redip dan Perkampungan Orang Asli Kg. Galang, kedua-duanya di Pos Hau, Gua Musang. Program ini turut disertai Tuan OCPD Gua Musang serta beberapa orang anggotanya dan 2 orang doktor dari Hospital dan Klinik Kesihatan Gua Musang.

Program antara lain bertujuan untuk menjalin hubungan mesra dan silaturahim dengan penduduk di kedua-dua perkampungan tersebut yang terdiri daripada suku kaum Temiar, tanpa mengira agama. Ia juga sebagai satu pendekatan dakwah bil hal (tidak langsung) ke arah menyampaikan seruan dakwah serta menyelamatkan mereka daripada ajaran sesat yang mana majoriti penduduk di Kg. Redip ini adalah mereka yang tergolong dalam kumpulan animisme.

Kemuncak kepada program ziarah ini ialah majlis melafaz dua kalimah syahadah (tanda pemelukan Islam) oleh 4 orang remaja asli Kg. Redip yang dipimpin oleh YABhg. Dato’ Nik Kamaruddin Ismail. Majlis ini berlangsung selepas solat Isya’ dengan disaksikan oleh ahli rombongan dan penduduk kampung yang lain.

Disediakan Oleh : Muhammad Adilin Hafeez Hj Mahmood Sabri

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1064
Kelmarin2105
Minggu Ini11547
Bulan Ini28132
Keseluruhan1357763

X