• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Rabu Zulkaedah 24 1441
Khamis Julai 16 2020

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KURSUS PEMANTAPAN DAKWAH GURU AGAMA ORANG ASLI (GAOA), MAIK BERTEMPAT DI KELANTAN TRADE CENTER

6 hingga 9 November 2016M bersamaan 6 hingga 9 Safar 1438H (Ahad - Rabu) – Unit Dakwah, Bahagian Agama, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah menganjurkan Kursus Pemantapan Dakwah Guru Agama Orang Asli (GAOA), MAIK bertempat di Kelantan Trade Center, Kota Bharu, Kelantan. Kursus tersebut melibatkan seramai 51 orang Guru Agama Orang Asli, MAIK dari Pos Orang Asli seluruh negeri Kelantan merangkumi 32 orang lelaki dan 19 orang perempuan.

Bersekali dengan kursus tersebut, pihak MAIK juga menyelitkan slot Pembelajaran Al-Quran Teknik Al-Baghdadi yang mana ia dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga pengajar daripada Yayasan Al-Baghdadi Malaysia. Kursus seumpama ini adalah aktiviti/program yang dirancang khas kepada Guru Agama Orang Asli, MAIK sejajar dengan saranan YTM Tengku Yang Dipertua, MAIK yang mengkehendaki seluruh warga MAIK mendalami ilmu supaya menjadi insan yang berpengetahuan dalam segala aspek kehidupan.

Kursus selama 4 hari 3 malam ini diisi dengan 9 sesi kuliah. Paling istimewanya kursus kali ini ialah kesudian YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua, MAIK berkongsi ilmu dengan para GAOA, MAIK dalam slot ”Brain Storming”. Mereka juga dibawa melawat Muzium Negeri Kelantan untuk melihat Pameran Artifak Rasulullah S.A.W. dan para Sahabat R.A.

Majlis penutup Kursus Guru Agama Orang Asli (GAOA), MAIK kali ini dirasmikan oleh YABrs. Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd. Hadi, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Pada majlis penutup tersebut, beliau berbesar hati untuk menyerahkan sijil kursus kepada kesemua peserta. Diharap kursus ini memberi manfaat kepada para peserta dan segala usaha yang dijalankan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Disediakan Oleh : Muhammad Adilin Hafeez Bin Hj Mahmood Sabri

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini260
Kelmarin1949
Minggu Ini6011
Bulan Ini17658
Keseluruhan1287395

X