Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menerima satu kunjungan daripada pihak Persatuan Imam, Khatib Dan Bilal Mukim Bannangseta Wilayah Yala Selatan pada 21 November 2016 jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 4, Blok Pentadbiran Dan Agama, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Kunjungan berkenaan telah disambut mesra oleh YABrs. Timbalan Yang Dipertua, pegawai-pegawai kanan serta kakitangan MAIK. Rombongan berkenaan telah disertai oleh 25 orang peserta yang mana 11 orang adalah terdiri daripada peserta perempuan dan 14 orang peserta lelaki.
Program tersebut dimulakan dengan sesi ta’aruf antara pegawai-pegawai Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan ahli-ahli rombongan daripada Persatuan Imam, Khatib Dan Bilal Mukim Bannangseta Wilayah Yala Selatan. Pada program tersebut, sesi soal jawab berkaitan pengurusan masjid telah diadakan untuk kefahaman para imam, khatib dan bilal wilayah yala. Kunjungan itu diakhiri dengan acara penyerahan cenderamata daripada kedua-dua belah pihak sebagai tanda kenang-kenangan.
Disediakan Oleh : Ahmad Faizul Bin Md Zain
![]() |