YABRS. Timbalan Yang DiPertua, MAIK telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus Pelatih Bengkel Kemahiran Hidup MAIK Ambilan Februari 2016 kepada 31 orang pelatih bengkel (Jahitan : 17 orang, Sulaman : 10 orang, Automotif : 4 orang) pada 28 November, 2016 (Isnin), jam 11.30 pagi bertempat di Dewan Utama, Aras 2, MAIK.
Dalam majlis tersebut, 3 orang pelatih telah dianugerahkan sebagai pelatih terbaik bagi setiap kursus iaitu Amelia Bt Che Nudin (Jahitan), Nur Sabrina Bt Mohd Sanusi (Sulaman) dan Abdul Fattah Bin Sukri (Automotif). Turut hadir dalam majlis ini Pegawai-Pegawai Kanan MAIK, guru, serta warden bengkel, ibu bapa pelatih dan juga pelatih kemasukan November 2016.
Disediakan Oleh : Asma Binti Salleh
![]() |