• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Sabtu Zulhijjah 25 1441
Sabtu Ogos 15 2020

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS SOLAT JUMAAT DI MASJID AL-ABRAR, MUKIM AYER LANAS, SEMPENA KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V KE JAJAHAN JELI, KELANTAN

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Majlis Solat Jumaat Di Masjid Al-Abrar, Mukim Ayer Lanas, Sempena Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Ke Jajahan Jeli pada 25 Safar 1438H bersamaan 25 November 2016M (Jumaat) mulai jam 12.30 tengahari.

Sebaik sahaja selesai Solat Fardhu Jumaat berjemaah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan untuk mengurniakan sumbangan sebanyak RM 5,000.00 kepada Jawatankuasa Masjid Al-Abrar, Mukim Ayer Lanas dan seterusnya Baginda Tuanku juga berkenan untuk menyempurnakan perasmian masjid tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK, YAB. Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Haji Abdullah Bin Ya’kub, Speaker Dewan Negeri Kelantan, Yang Berhormat, Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed, Ahli Dewan Undangan Ayer Lanas, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Shahidani Bin Abd Aziz @ Juned, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Haji Nik Kazim Bin Haji Nik Yusoff, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ketua-Ketua Jajahan, Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, YBrs Encik Mohd Azri Bin Abd. Rahman, Setiausaha MAIK, dan pegawai-pegawai serta kakitangan MAIK. Turut serta dalam majlis tersebut ialah para jemputan khas dan muslimin-muslimat yang tinggal berhampiran kawasan Masjid Al-Abrar, Mukim Ayer Lanas.

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin bin Yusuf

 

flickr
www.flickr.com
                  e-galeri
egaleri.kelantan.my

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1103
Kelmarin2105
Minggu Ini11586
Bulan Ini28171
Keseluruhan1357802

X