• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Zulkaedah 23 1441
Rabu Julai 15 2020

BERITA 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KUNJUNGAN AL-SYEIKH DR. ABDUL MUHSIN MUHAMMAD AL-QASIM, IMAM MASJID AN-NABAWI, MADINAH AL MUNAWWARAH KE NEGERI KELANTAN

Pada 1 dan 2 Januari 2016 lalu, Imam Besar Masjid An-Nabawi Madinah Al-Munawwarah, Al-Syeikh Dr Abdul Muhsin Muhsin Muhammad Al-Qasim telah berkunjung ke negeri Kelantan. Beberapa program bersama beliau telah disusun oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan diadakan di masjid-masjid terpilih di negeri ini.

Program bersama Al-Syeikh Dr Abdul Muhsin Muhsin Muhammad Al-Qasim dimulakan dengan Solat Jumaat di Masjid Al-Ismaili, Bandar Baharu Pasir Pekan, Tumpat. Beliau telah menyampaikan khutbah dan mengimami Solat Jumaat. Khutbah beliau menyeru agar umat Islam bersatu-padu dalam menghadapi cabaran dunia Islam masa kini.

Pada sebelah malam pula program bersama Al-Syeikh Dr Abdul Muhsin Muhsin Muhammad Al-Qasim diteruskan di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian. Seusai mengimami Solat Farhu Maghrib, Al-Syeikh menyampaikan Kuliah Maghrib. Kuliah yang disampaikan beliau mengajak Muslimin dan Muslimat supaya menghargai nikmat lidah kurniaan Allah dan hendaklah sentiasa membasahi bibir dengan berzikir mengingati Allah S.W.T. Program disudahi dengan Solat Isya’ yang diimami beliau.

Pada keesokan harinya, program Solat Farhu Subuh dan Kuliah Subuh bersama Al-Syeikh Dr Abdul Muhsin Muhsin Muhammad Al-Qasim telah diadakan di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Kuliah Subuh yang disampaikan oleh beliau begitu menyentuh hati jemaah iaitu berkenaan topik ketaatan dan tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa.

Sesungguhnya kunjungan Imam Besar Masjid An-Nabawi Madinah Al-Munawwarah, Al-Syeikh Dr Abdul Muhsin Muhsin Muhammad Al-Qasim ke masjid-masjid tersebut telah memberi erti yang besar, penuh bermakna dalam ikatan ukhuwwah Islamiyyah khususnya buat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan seluruh rakyat negeri ini amnya.

Disediakan Oleh : Siti Marzilah Binti Abdullah

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini132
Kelmarin1966
Minggu Ini3934
Bulan Ini15581
Keseluruhan1285318

X