YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK menyerahkan sumbangan kepada Encik Sayuti bin Ab. Manaf di Kampung Tok Deh Barat, Rantau Panjang, Kelantan pada 11 April 2017.
Encik Sayuti dan isteri merupakan pasangan bisu yang mempunyai 4 orang anak yang berusia 1 hingga 12 tahun yang kesemuanya normal. Walaupun mereka mempunyai kekurangan, pasangan ini kental dalam membesarkan 4 orang anak supaya mereka tidak tercicir dalam pelajaran. Sayuti bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM600.00 sebulan untuk menyara keluarganya.
Sumbangan ini diharap dapat meringakan masalah kewangan yang dihadapi oleh pasangan.
Sumbangan bantuan ini adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas kekurangan pasangan ini
Disediakan Oleh : Shamun Binti Daud