• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Isnin Zulkaedah 22 1441
Selasa Julai 14 2020

BERITA 2017

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN AGROBANK BAGI TAHUN 2015 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

19 Jun 2017 (Isnin) – Satu Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh Agrobank bagi tahun 2015 kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 19 Jun 2017, jam 10.00 pagi bertempat di Tingkat 4, Bangunan Lama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Penyerahan zakat perniagaan Agrobank telah disampaikan oleh YBrs. Encik Ab Sofi bin Mustapa, Head Consumer Business Kelantan & Terengganu kepada YABrs. Dr. Nik Mohd Azlan bin Abdul Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK dengan disaksikan pegawai-pegawai kanan kedua-dua belah pihak serta para wartawan.

Pembayaran zakat tahun ini merupakan bayaran bagi kali ke 9 dengan jumlah sebanyak RM10,000.00. Majlis penerimaan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Zakat MAIK, Ridhwan bin Abdul Rahman.

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini158
Kelmarin1836
Minggu Ini1994
Bulan Ini13641
Keseluruhan1283378

X