NELAYAN LUMPUH MENDAPAT SIMPATI MAIK

Cetak

Encik Rosfadilan bin Mohamed Rawi, lumpuh seluruh badan kerana terjatuh dari pokok kelapa semasa mengambil upah memanjat pokok kelapa 2 tahun yang lepas. Sebelum ini beliau bekerja sebagai nelayan dan  sekiranya tidak dapat ke laut beliau melakukan kerja-kerja kampung antaranya mengambil upah  memanjat pokok kelapa.

Akibat kemalangan itu beliau mengalami kecederaan teruk di bahagian saraf tunjang, patah tulang belakang  dan kedua belah kaki.  Beliau lumpuh seluruhbadan  menyebabkan belaiu tidak dapat bergerak dan hanya terlantar sahaja. Beliau memerlukan lampin pakai buang, susu di samping rwatan doktor pakar setiap 2 bulan. Beliau mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM250 sebulan. Isteri bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan lebih kurang RM700 sebulan. Mempunyai empat orang anak yang berumur 3 hingga 6 tahun.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada En. Rosfadilan untuk menampung perbelanjaan rawatan beliau dan sara hidup mereka sekeluarga . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

Tags: