• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Safar 11 1442
Selasa September 29 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KELUARGA ASNAF TERIMA SUMBANGAN MAIK

Puan Ramlah binti Abdul Rahman mempunyai  9 orang anak di mana 5 daripadanya masih bersekolah. Mereka sekeluarga tinggal di rumah yang uzur  dengan dinding yang berlubang dan atap yang bocor. Suami beliau merupakan tahanan di penjara Penor Pahang dan dijangka keluar pada bulan Jun, 2018.

Kehidupan mereka sekeluarga ditanggung oleh 2 orang anak yang bekerja sebagai pekerja kilang dan buruh dengan pendapatan yang tidak seberapa

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Puan Ramlah untuk menampung sara hidup mereka sekeluarga . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2135
Kelmarin2454
Minggu Ini4589
Bulan Ini60907
Keseluruhan1456549

X