• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Isnin Zulkaedah 22 1441
Isnin Julai 13 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK HULUR SUMBANGAN KEPADA KELUARGA ASNAF - PESAKIT BUAH PINGGANG DAN BENGKAK HATI

Encik Hasrin bin Rosdi   merupakan  seorang bapa kepada 8 orang anak yang mengidap penyakit buah pinggang dan bengkak hati . Beliau hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan lebih kurang RM800.00 sebulan di samping bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400.00 sebulaN. Jarang  dapat bekerja disebabkan penyakit-penyakit yang dihidapi. Isteri beliau merupakan suri rumah tangga dan mengidap penyakit kanser payu dara.

Anak-anak pasangan ini berumur di antara 4 hingga 17 tahun di mana kesemuanya masih bersekolah kecuali yang berumur 4 tahun. Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim 1 dan SK Sultan Ibrahim 1.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Encik Hasrin bin Rosdi    untuk menampung perbelanjaan  rawatan beliau dan  isteri serta sara hidup mereka sekeluarga . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan  kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1674
Kelmarin1057
Minggu Ini1674
Bulan Ini13321
Keseluruhan1283058

X