• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Isnin Zulkaedah 22 1441
Isnin Julai 13 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENGHUNI KHEMAH MENDAPAT SIMPATI MAIK

Kedhaifan pasangan Encik Zulkapli bin Ismail dan isterinya bersama 2 orang anak dan seorang menantu  yang terpaksa tinggal di dalam khemah mendapat perhatian pihak MAIK dengan kunjungan YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK pada 5 April 2018. Pasangan berkenaan yang mencari rezeki dengan mengambil upah menoreh getah mendapat sumbangan wang zakat sebanyak RM2,000.00 untuk menampung perbelanjaan seharian. Encik Zulkapli juga mengidap penyakit buasir dan lelah yang kronik yang memerlukan rawatan secara berterusan. Pihak MAIK akan mengadakan perbincangan dengan pihak Pejabat Tanah & Jajahan Tanah Merah bagi mempertimbangkan bantuan rumah kediaman yang lebih selesa untuk keluarga mereka.

Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan  kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1771
Kelmarin1057
Minggu Ini1771
Bulan Ini13418
Keseluruhan1283155

X