• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Zulkaedah 23 1441
Rabu Julai 15 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYAMPAIAN AGIHAN MANFAAT WAKAF KEPADA MASJID-MASJID MUKIM TERPILIH DI NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 2018

Majlis Penyampaian Agihan Manfaat Wakaf Kepada Masjid-Masjid Terpilih  di Negeri Kelantan telah diadakan pada 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadhan 1439H bertempat di Tingkat 2 Dewan Tazkirah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).  

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Nik Jessim Bin Nik Hashim mewakili Yang Amat Berusaha Timbalan Yang DiPertua MAIK yang diiringi oleh AlFadhil Ustaz Murtadha Bin Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK dan Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK.

Sumbangan hasil manfaat wakaf sebanyak RM109,000.00 telah disalurkan kepada 33 buah Masjid Mukim terpilih menerima RM3,000.00, manakala 2 buah masjid iaitu Masjid Ismaili Tumpat dan Masjid Mukim Bunut Payong Kota Bharu menerima RM5,000.00 sebagai penerima tetap hasil manfaat wakaf.

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sentiasa komited dalam menggalas tanggungjawab sebagai Pengawal Tunggal bagi harta-harta wakaf di Negeri Kelantan sebagaimana Seksyen 61 Enakmen MAIK bil 4/1994, selaras dengan visi MAIK untuk menjadikan sebuah organisasi pengurusan wang zakat dan pengurusan harta baitulmal dan wakaf yang terunggul di Malaysia.

Didoakan semoga Allah SWT merahmati semua pewakaf, keluarga, sahabat, serta mereka yang membantu kerja-kerja wakaf dikurniakan ganjaran pahala berkekalan hendakNya.

 

“SAHAM AKHIRAT, BERWAKAFLAH WALAU SEDIKIT”

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

flickr
www.flickr.com
                   

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini118
Kelmarin1966
Minggu Ini3920
Bulan Ini15567
Keseluruhan1285304

X