• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Zulkaedah 23 1441
Rabu Julai 15 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN BAYAM ENTERPRISE SDN BHD BAGI TAHUN 2017

12 Jun 2018 (Selasa) - Satu program meraikan pihak Bayam Enterprise Sdn Bhd menyerahkan Cek Zakat Perniagaan Tahun 2017 kepada Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abd. Hadi telah berlangsung pada 12 Jun 2018 (Selasa) pada jam 2.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Cek Zakat perniagaan berjumlah RM18,000.00 ini telah diserahkan oleh Yang Amat Mulia Tengku Maziah binti Tengku Yahya Petra mewakili Bayam Enterprise Sdn Bhd. Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan kedua-dua agensi.

Berdasarkan rekod pihak Bayam Enterprise Sdn Bhd telah membuat pembayaran zakat sebanyak 9 kali (termasuk pembayaran pada hari ini) dan diharapkan supaya perniagaan pihak Bayam Enterprise Sdn Bhd ini terus kukuh dan diberkati Allah swt.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini135
Kelmarin1966
Minggu Ini3937
Bulan Ini15584
Keseluruhan1285321

X