• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Zulkaedah 23 1441
Rabu Julai 15 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MANGSA KEBAKARAN MENERIMA SUMBANGAN MAIK

Puan Norzi dan  suami berniaga menjual nasi berlauk dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan. Pasangan ini mempunyai 4 orang anak, namun mereka sudah dewasa dan bekerja. Pada 27.05.2018 yang lalu, keluarga ini telah ditimpa musibah apabila rumah kedai yang didiami dan berniaga musnah dijilat api. Ekoran daripada itu beliau dan suaminya hilang mata pencarian dan kini terpaksa tinggal menumpang di rumah saudara-mara.

Pihak MAIK yang diwakili oleh AF Imam Tua Masjid Bandar Bachok  telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Puan Norzi binti Muhammad untuk menampung sara hidup mereka sekeluarga . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini130
Kelmarin1966
Minggu Ini3932
Bulan Ini15579
Keseluruhan1285316

X