• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Isnin Zulhijjah 20 1441
Selasa Ogos 11 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Rumah kampung yang didiami oleh Puan Che Napisah binti Che Abdullah dan keluarga terlibat dengan kebakaran pada 29 Mei, 2018 yang memusnahkan keseluruhan rumah tersebut. Puan Che Napisah berniaga kedai makan secara kecilan dengan pendapatan RM500.00 sebulan manakala suami bekerja sebagai pembantu jualan syarikat perodua dengan pendapatan RM2,000.00 sebulan. Mereka mempunyai 3 orang anak yang masih kecil di mana seorang daripada mereka mengidap penyakit leukimia  yang menerima rawatan kimoterapi setiap bulan dengan kos RM 1000.00.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YBrs. Pegawai Urusan Sumber MAIK  telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Puan Che Napisah binti Che Abdullah untuk menampung sara hidup mereka sekelaurga selain untuk rawatan anak yang sakit. Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini112
Kelmarin2023
Minggu Ini2135
Bulan Ini18720
Keseluruhan1348351

X