PESAKIT PARU-PARU KRONIK MENERIMA SUMBANGAN MAIK

Cetak

Puan Rosmini binti Ibrahim merupakan seorang pesakit paru-paru kronik di mana beliau perlu menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas. Beliau memerlukan 2 tong oksigen sehari di mana  harga 1 tong ialah RM50.00 (RM100.00 sehari) dan untuk sebulan beliau memerlukan RM3,000.00 untuk bekalan oksigen. Beliau bekerja sebagai jururawat tetap dengan pendapatan RM4,000.00 tetapi sudah tidak bekerja selama 2 bulan kerana kesihatan yang tidak memuaskan. Suami bekerja sebagai tukang cat dengan pendapatan RM800.00 sebulan. Pasangn ini mempunyai 5 orang anak yang kesemuanya masih di dalam tanggungan.

Mereka sekeluarga tinggal di rumah sendiri (rumah kampung) di Kampung Baru Nelayan, Tumpat.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YBrs. Pegawai Urusan Sumber MAIK  telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Puan Wan Rosmini binti Ibrahim   untuk menampung pembelian oksigen yang mencecah RM3,000.00 sebulan.  Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud