• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Sabtu Zulhijjah 25 1441
Ahad Ogos 16 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KELUARGA DHAIF MENERIMA SUMBANGAN MAIK

Puan Nurulhamiza binti Yaacob berasal dari Johor Bharu, manakap suami berasal dari Kelantan dan mereka menetap di Kampung Sungai Pinang, Kota Bharu. Pasangan ini mempunyai empat orang anak yang berumr 4 hingga 7 tahun. Mereka tinggal di rumah sewa dengan kadar sewa RM200.00 sebulan dan sudah tertunggak selama 2 bulan.

Suami beliau bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM1,000.00 sebulan. Pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi untuk perbelanjaan sara hidup mereka sekeluarga.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YBrs. Pegawai Urusan Sumber MAIK  telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Puan Nurulhamiza binti Yaacob untuk menampung kos sara hidup mereka. Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini73
Kelmarin1496
Minggu Ini12052
Bulan Ini28637
Keseluruhan1358268

X