• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Zulkaedah 23 1441
Rabu Julai 15 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KELUARGA DHAIF MENERIMA SUMBANGAN MAIK

Puan Wan Salwani binti Wan Mat seorang balu 4 orang anak. Beliau tidak bekerja kerana mengidap penyakit HIV dan menyara kehidupan dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM100.00 sebulan selain bantuan daripada orang ramai dan NGO dengan jumlah yang tidak menentu. Anak-anak beliau ada yang masih bersekolah dan ada yang telah menamatkan persekolahan tetapi tidak bekerja. Beliau juga menanggung seorang bapa sepupu yang juga mengidap HIV.

Mereka sekeluarga menumpang di rumah adik Puan Wan Salwani di Kampung Pasir Pekan Hilir. Mereka sekeluarga memerlukan bantuan untuk menyiapkan rumah yang terbengkalai.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YBrs. Pegawai Urusan Sumber MAIK  telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Puan Wan Salwani binti Wan Mat  untuk menampung sara hidup mereka sekeluarga yang dhaif  ini. Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini120
Kelmarin1966
Minggu Ini3922
Bulan Ini15569
Keseluruhan1285306

X