• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Selasa Zulkaedah 23 1441
Rabu Julai 15 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KELUARGA DHAIF MENERIMA SUMBANGAN MAIK

Encik Khairul bin Kamarul Izham dan  isteri bekerja mengumpul dan menjual barangan terpakai dengan purata pendapatan RM 700.00 sebulan. Mereka e mempunyai 2 orang anak yang masih kecil.  Keluarga ini tinggal menumpang dirumah ibubapanya yang didirikan diatas tanah rizab sungai. Bapa beliau merupakan salah seorang penerima bantuan bulanan warga emas JKM berjumlah RM350.00 sebulan, manakala ibunya pula suri rumahtangga.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YBrs. Pegawai Urusan Sumber MAIK  telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada En Khairul bin Kamarul Izham   untuk menampung sara hidup mereka sekeluarga . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini126
Kelmarin1966
Minggu Ini3928
Bulan Ini15575
Keseluruhan1285312

X