• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Sabtu Zulhijjah 25 1441
Ahad Ogos 16 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

IBU TUNGGAL DAN ANAK OKU

Puan Norul Asma binti Mohd Noor merupakan ibu tunggal yang bercerai dengan suami. Beliau tidak dapat bekerja kerena sebelah kaki kirinya telah dipotong akibat penyakit kencing manis. Kesusahan beliau bertambah kerana menjaga seorang anak OKU fizikal yang memerlukan penjagaan rapi. Perbelanjaan beliau bergantung kepada nafkah daripada bekas suami beliau iaitu RM200.00 sebulan dan bantuan JKM sebanyak RM300.00. Beliau juga menerima sumbangan daripada adik beradik sebanyak RM200.00 sebulan. Beliau bersama anak OKU tinggal di rumah pusaka milik orang tua.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Puan Norul Asma untuk menampung sara hidup mereka sekeluarga . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah YMM Pemangku Raja Kelantan selaku YDP MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3
Kelmarin1496
Minggu Ini11982
Bulan Ini28567
Keseluruhan1358198

X