• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+


Sabtu Zulhijjah 18 1441
Sabtu Ogos 08 2020

BERITA 2018

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PESAKIT KANSER OTAK MENERIMA SUMBANGAN MAIK

Encik Zakaria bin Salleh, seorang pesakit kanser otak dan hidung yang kini koma sejak bulan Januari yang lalu. Segala tanggungjawab mencari pendapatan, mengurus beliau dan rummahtangga digalas sepenuhnya oleh isteri beliau, Puan Asiah binti Omar yang bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan RM500.00 hingga RM600.00 sebulan di samping bantuan JKM  RM150.00 sebulan. Di samping Encik Zakaria, Puan Asiah juga menjaga seorang anak OKU pembelajaran yang berumur 26 tahun di samping mempunyai seorang lagi tanggungan yang masih belajar di sebuah kolej.

Puan Asiah memerlukan RM1,000.00 sebulan hanya untuk kos perubatan, susu khas, lampin pakai buang dan lain-lain tidak termasuk perbelanjaan-perbelanjaan lain untuk mereka sekeluarga.

Pihak MAIK yang diwakili oleh YABrs. Dr. Timbalan Yang Dipertua telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keluarga mangsa untuk menampung kos rawatan Encik Zakaria . Adalah diharapkan sumbangan ini dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan kewangan  yang dihadapi oleh keluarga ini.

Sumbangan bantuan adalah bagi menyempurnakan titah perintah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan selaku Yang Dipertua MAIK yang turut sama bersimpati di atas nasib yang menimpa keluarga ini.

 

Disediakan Oleh : Shamun Daud

 

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1011
Kelmarin2024
Minggu Ini11334
Bulan Ini13894
Keseluruhan1343525

X