• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-15.00 | Thu : 08.00-14.00

A- A A+
faq divider lokasi divider aduan divider peta""


BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENYERAHAN KATIL PESAKIT MELALUI PROGRAM WAKAF KESIHATAN MAIK

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) adalah pengawal tunggal  harta wakaf di Negeri Kelantan (MAIK) yang sentiasa proaktif dalam menjaga amanah harta wakaf agar manfaat wakaf dapat disampaikan sebagaimana niat pewakaf dan seterusnya membantu pelbagai lapisan masyarakat.

Pada 08 Mei 2019, sebuah katil pesakit dibawah Program Wakaf Kesihatan MAIK telah diserahkan kepada Encik Abdul Rahman Bin Mansor, 33 tahun yang tinggal di Kampung Chenggal, Ketereh, Beliau telah mengalami gangguan fungsi otak yang menyebabkan lumpuh dan sakit terlantar. Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf, mewakili Yang Amat Berusaha Timbalan Yang DiPertua MAIK.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Rakan Waqaf MAIK kerana telah berwakaf dan semoga ia memberi manfaat dan keselesaan kepada penerima wakaf katil kesihatan serta diberi kesembuhan oleh Allah s.w.t.

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Bt Mohd Othman

 

 

 

Tags:

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini353
Kelmarin3988
Minggu Ini14081
Bulan Ini38415
Keseluruhan2326870

X