• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-17.00 | Thu : 08.00-15.30

A- A A+
faq divider lokasi divider aduan divider peta""


Ahad Jamadil Akhir 3 1442
Ahad Januari 17 2021

BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN CELCOM AXIATA BERHAD BAGI TAHUN 2018 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

5 Mei 2019 (Ahad) – Satu Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh Celcom Axiata Berhad bagi tahun 2018 kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 5 Mei 2019, jam 10.00 pagi bertempat di Tingkat 4, Bangunan Lama  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Penyerahan zakat perniagaan Celcom Axiata Berhad telah disampaikan oleh YBrs. Encik Nurulisham bin Nasir, Area Sales Manager Kelantan North Celcom Axiata Berhad kepada YABrs. Dr. Nik Mohd Azlan bin Abdul Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK dengan disaksikan pegawai-pegawai kanan kedua-dua belah pihak MAIK dan Celcom Axiata Berhad.

Pembayaran zakat tahun ini merupakan bayaran bagi kali ke 4 dengan jumlah sebanyak RM88,636.00 dan diharapkan supaya Celcom Axiata Berhad ini terus kukuh di tanahair Malaysia ini dengan segala perkhidmatanya diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga bayaran zakat yang dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad ini mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Majlis penerimaan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Zakat MAIK, YBrs. Encik Ridhwan bin Abdul Rahman.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini915
Kelmarin2266
Minggu Ini17468
Bulan Ini44194
Keseluruhan1699669

X