• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-15.00 | Thu : 08.00-14.00

A- A A+
faq divider lokasi divider aduan divider peta""


BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS PENYERAHAN CEK ZAKAT PERNIAGAAN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD BAGI TAHUN 2018 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

13 Mei 2019 (Isnin) – Satu Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan oleh Bank Islam Malaysia Berhad bagi tahun 2018 kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah berlangsung pada 13 Mei 2019, jam 10.00 pagi bertempat di Tingkat 4, Bangunan Lama  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Penyerahan zakat perniagaan Bank Islam Malaysia Berhad telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohd Muazzam bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad kepada YABrs. Dr. Nik Mohd Azlan bin Abdul Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK dengan disaksikan pegawai-pegawai kanan kedua-dua belah pihak MAIK dan Bank Islam Malaysia Berhad.

Pembayaran zakat tahun ini merupakan bayaran bagi kali ke 14 dengan jumlah sebanyak RM454,045.91 dan diharapkan supaya Bank Islam Malaysia Berhad ini terus kukuh di tanahair Malaysia ini dengan segala perkhidmatanya diberkati oleh Allah s.w.t. Semoga bayaran zakat yang dilaksanakan oleh Bank Islam Malaysia Berhad ini mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Majlis penerimaan cek diakhiri dengan bacaan doa oleh Pegawai Zakat MAIK, YBrs. Encik Ridhwan bin Abdul Rahman.

 

Disediakan Oleh : Wan Fadhlina Binti W.Yusuf

 

 

 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini294
Kelmarin3988
Minggu Ini14022
Bulan Ini38356
Keseluruhan2326811

X