TURUN PADANG DAN TINJAUAN KE KELAS FARDHU AIN ORANG ASLI DI GUA MUSANG

Cetak

Pada 5 April 2019 Unit Dakwah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan program turun padang dan tinjauan ke kelas Fardhu Ain Masyarakat Orang Asli di SMK Tengku Indera Petra 1, SMK Tengku Indera Petra 2 dan Asrama Sri Wangi untuk melihat dan memantau sendiri perjalanan program tersebut.

Sepanjang tahun 2019, kelas Fardhu Ain secara mingguan yang dikelola Unit Dakwah, MAIK telah berjalan secara berterusan dengan jayanya. Kelas Fardhu Ain yang telah disusun secara berkala telah mendapat penyertaan yang memberansangkan daripada pelajar-pelajar yang terlibat.

Lawatan seumpama ini adalah bertujuan untuk menilai kaedah dan keberkesanan yang digunakan oleh guru-guru yang bertugas pada hari tersebut selain bertemu dan beramah mesra dengan warden dan guru-guru yang terlibat.

 

Disediakan Oleh : Mohammad Azrul Fahmi bin Yaafar

flickr
www.flickr.com
Tags: