• Call Us:+609-7481512

  • Time:Sun-Wed : 08.00-15.00 | Thu : 08.00-14.00

A- A A+
faq divider lokasi divider aduan divider peta""


BERITA 2019

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT SUNAT TERAWIH YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN BERSAMA ULAMA’, IMAM, GURU PONDOK, GURU TAKMIR DAN KAKITANGAN MASJID NEGERI KELANTAN

Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Majlis Iftar Dan Solat Sunat Terawih Bersama Ulama’, Imam, Guru Pondok, Guru Takmir Dan Kakitangan Masjid Negeri Kelantan pada 08 Ramadhan 1440H bersamaan 13 Mei 2019 (Isnin) bertempat di Dewan Besar, Kompleks Balai Islam Darulnaim, Lundang, Kota Bharu mulai jam 6.00 petang.

Turut hadir pada majlis sambutan kali ini ialah Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Speaker Dewan Negeri Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Kelantan Yang Berhormat Dato’ Shahidani Bin Abd Aziz @ Juned, Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, YB Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Kelantan, YB YAA Dato’ Sri Paduka Raja Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, Ahli-ahli MAIK dan Ahli Jemaah Ulama’ MAIK, Yang Amat Berusaha Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK, YBrs Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah, Setiausaha MAIK, dan pegawai-pegawai MAIK.  

 

Disediakan Oleh : Mohd Zahrin Bin Yusuf

 

flickr
www.flickr.com

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Bebas-Tol : 1-800-88-6060

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Ikuti Kami:

 

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini341
Kelmarin3988
Minggu Ini14069
Bulan Ini38403
Keseluruhan2326858

X